Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
City goda Messi
Diterbitkan:  Nov 28, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:09 AM

Manchester City dilaporkan membuat tawaran amat lumayan kepada bintang Barcelona, Lionel Messi supaya berpindah menyertai skuad The Citizens.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikatakan bersedia membayar £800,000 (RM5.12 juta) seminggu sebagai imbuhan menggunakan kepakaran penerima empat anugerah Ballon d'Or itu.

Menurut laporan The Sun, ejen Messi dikatakan sudah mengadakan perbincangan dan isyarat awal dilihat ada kemungkinan penyerang Argentina itu berpindah ke EPL.

Bahkan, untuk meyakinkan Messi, City memberi jaminan dengan tawaran gaji berjumlah £40 juta (RM256 juta) setahun.

Usaha City kini tersebar meluas sekali gus memberi tanda tanya kepada peminat Barcelona mengenai masa depan pemain berusia 28 tahun yang mungkin keluar dari Camp Nou pada musim panas nanti.

Messi kini menerima gaji mingguan £500,000 (RM3.12 juta) di Barcelona dan masih mempunyai kontrak dua tahun lagi dengan kelab gergasi Sepanyol itu.

Terdahulu, Messi dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan kelabnya memberi keutamaan kepada pembaharuan kontrak Neymar berbanding dirinya.

Sementara itu, dengan perjanjian baru City dengan stesen televisyen dijangka meningkat pada musim depan - yang dikhabarkan bernilai £150 juta (RM962 juta) semusim.

Ia membuat pemilik City berkemampuan menawarkan gaji besar kepada pemain yang diburu.

Menurut laporan itu lagi, kejayaan menandatangani Messi akan mencerahkan peluang pasukan itu membawa Pep Guardiola ke City sebagai pengurus.

Jurulatih dari Sepanyol itu kini bersama Bayern Munich, tetapi kontrak barunya masih belum ditandatangani, manakala Bayern dijangka mengumumkan keputusan itu sebelum Krismas.

Lihat Komen
ADS