Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Van Gaal minta pemain awasi Vardy
Diterbitkan:  Nov 28, 2015 3:17 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal, meminta pemainnya berwaspada dengan ancaman penyerang Leicester City, Jamie Vardy sekiranya mahu mengatasi pasukan itu.

Pemain berusia 28 tahun itu dianggap berbahaya terutama kerana dia sedang memburu rekod peribadi sebagai penjaring gol dalam 11 perlawanan berturut-turut di Liga Perdana Inggeris (EPL).

United bakal bertandang ke gelanggang Leicester awal pagi esok dengan misi untuk merampas tangga teratas liga yang kini didominasi anak buah Claudio Ranieri.

Vardy tiba-tiba menjadi perhatian selepas namanya bukanlah selalu disebut pada musim lalu. Dia muncul sebagai 'pembunuh' dan menyumbang 13 gol setakat musim ini.

Dia juga kini menjadi penjaring terbanyak di EPL.

Pemain berasal dari England itu juga sedang menyasarkan rekod sebagai pemain pertama menjaring gol dalam 11 perlawanan berturut-turut.

Rekod Vardy kini menyamai legenda United, Ruud van Nistelrooy yang tidak putus merobek gawang lawan dalam 10 perlawanan.

"Pada musim lalu Vardy menjadi pemain yang sangat agresif bagi kami.‎ Dia menjaring gol, memprovokasi penalti dan sekarang dia menjaringkan gol pada 10 perlawanan.

"Dadi sekarang pemain yang hebat," kata Van Gaal.

Jurulatih dari Belanda itu turut mengaitkan Vardy dengan legenda Arsenal, Dennis Bergkamp yang pernah diasuhnya ketika bersama Ajax Amsterdam.

"Vardy seperti Bergkamp yang melakukan perkara yang sama dengan Vardy ketika saya bersama Ajax dan itu bukan senang untuk dilakukan," jelasnya.

Melangkah ke Stadium King Power awal pagi nanti, United disusuli dengan kritikan tajam susulan prestasi yang melanda mereka.

Bagaimanapun, bagi Van Gaal ia bukan situasi yang mencemaskan.

"Kami tidak bernasib baik dalam menyelesaikan gol penyudah walaupun berpeluang. Kami mencipta peluang. Kalau tiada peluang ia lebih merisaukan saya," katanya sekali gus menangkis kritikan negatif terhadap prestasi Wayne Rooney dan rakan-rakannya.

Lihat Komen
ADS