Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Gerrard 'kembali' ke Liverpool
Diterbitkan:  Dec 1, 2015 3:26 PM
Dikemaskini: 7:29 AM

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard akhirnya kembali ke Melwood untuk menyertai Jurgen Klopp, semalam.

Namun penyokong The Kop janganlah cepat sangat seronok, kerana Gerrard hadir bukan untuk bermain bersama Livepool dalam EPL. Sebaliknya dia hanya hadir untuk memastikan kecergasannya ketika liga bola sepak AS, Major League Soccer (MLS), berhenti rehat.

Selepas meninggalkan Liverpool, Gerrard kini berain untuk kelab LA Galaxy di MSL.

Melalui gambar yang disiarkan di lawan web rasmi Liverpool, Gerrard dilihat menjalani sesi latihan pertama bersama bekas rakan sepasukannya yang dalam persiapan menentang Southampton pada saingan Piala Capital One, Rabu ini.

Gerrard dipercayai akan kekal berlatih di Melwood sehingga saingan baru MSL bermula Mac tahun depan.

Sebelum Gerrard, bekas bintang Arsenal, Thierry Henry juga pernah kembali ke London untuk berlatih bersama-sama pasukan The Gunners.

Henry ketika itu bermain untuk kelab New York Red Bulls.

Liverpool menjelaskan, kehadiran pemain legenda mereka itu bukan sebagai pemain pinjaman seperti yang digosipkan sebelum ini.

"Gerrard akan kembali ke Los Angeles pada tahun depan menjelang awal musim MLS," kata kenyataan kelab tersebut.

Sementara itu, Gerrard yang kini berusia 35 tahun masih terikat dengan kontrak bersama LA Galaxy sehingga 31 Disember 2016.

Sepanjang bersama Galaxy, dia telah membantu kelab tersebut dalam 15 perlawanan dengan dua gol berjaya dihasilkan.

FOTO: Steven Gerrard menyertai sesi latihan skuad #LFC di Melwood hari ini.

Posted by Liverpool FC on Monday, 30 November 2015

Lihat Komen
ADS