Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
LBR: Pemain Kangar tak dilepas majikan
Diterbitkan:  Feb 5, 2016 12:32 PM
Dikemaskini: 4:36 AM

Pemain tidak mendapat pelepasan daripada majikan antara cabaran yang terpaksa dihadapi pasukan Kangar untuk beraksi di saingan sulung Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) peringkat nasional yang akan berlangsung hari ini.

Bakal menjadi tetamu pasukan Jeli dalam saingan kumpulan A, pengurusnya Nor Shahril Bakar berkata walaupun berdepan kekangan begitu, mereka tidak akan membiarkan ia menjadi halangan utama.

“Enam pemain kami cedera dan ada yang tidak mendapat perlepasan daripada majikan untuk turun pada perlawanan itu nanti.

"Tetapi kita harap semua pemain menggunakan peluang untuk menyerlahkan bakat masing-masing dalam perlawanan nanti," katanya yang akan berkunjung ke Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli.

Bagi Pengurus Jeli, Che Mohd Asri Ghani, kelayakan meyertai pertandingan di peringkat nasional LBR itu menjadi satu kebanggaan khususnya kepada rakyat setempat.

“Untuk sampai ke peringkat ini pun sudah cukup menggembirakan kami, apatah lagi diberi peluang untuk beraksi menentang pasukan-pasukan terbaik di peringkat kebangsaan.

"Kami juga baru-baru ini menerima bantuan dana RM300,000 hasil tajaan sebuah syarikat korporat yang berpangkalan di Kelantan sekali gus menjadi suntikan semangat pasukan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Media LBR dalam kenyataan media berkata 16 pasukan melayakan diri ke saingan peringkat kebangsaan dan dibahagikan dalam empat kumpulan.

Menurut penganjur, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir, manakala juara LBR edisi sulung akan menerima wang tunai RM100,000.

  • Kumpulan A: Jeli, Besut, Kangar, Batang Padang
  • Kumpulan B: Rembau, Ledang, Perak Tengah.
  • Kumpulan C: Miri, Papar, Kuching, Kota Belud
  • Kumpulan D: Melaka Tengah, Padang Besar, Temerloh, Maran

Lihat Komen
ADS