Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sudah sah sekarang. Helang Merah tidak akan mendapat sebarang tajaan daripada pengeluar barangan kosmetik D'Herbs Holding Sdn Bhd.

Perkara itu disahkan Pengarah Urusan D'Herbs Holding Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kepada Malaysiakini sebentar tadi.

"Ya, saya batalkan," katanya ringkas dari seberang laut.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan perkara itu lebih lanjut.

Petang tadi Malaysiakini melaporkan bola sepak Kedah menjadi 'korban' pertama pertukaran jawatan menteri besar negeri itu.

Sekurang-kurangnya dua syarikat - termasuk D'Herbs - dilaporkan sudah hilang minat untuk menaja pasukan Helang Merah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.

Januari lalu, Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Mukhriz bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah.

Namun, perbincangan lanjut gagal berlangsung apabila Mukhriz terbabit dalam krisis kepimpinan negeri sehingga mengambil keputusan meletak jawatan menteri besar dan jawatan lain termasuk presiden KFA.

Menteri besar baru Kedah ialah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Lihat Komen
ADS