Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Skuad Harimau Malaysia jatuh ke posisi terendah dalam sejarah bola sepak negara dengan menduduki tangga ke-174 dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang dikeluarkan, semalam.

Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 dunia pada Januari dan Februari, sebelum naik lima anak tangga ke kedudukan ke-166 dunia pada Mac lalu.

Kejatuhan mendadak ranking skuad kebangsaan itu berikutan kekalahan 0-2 kepada Arab Saudi pada perlawanan terakhir Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di tempat lawan, 24 Mac lalu.

Selain itu, keputusan seri tanpa jaringan menentang pasukan ranking ke-190 dunia, Macau di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 28 Mac lepas, turut menjadi faktor kemerosotan kedudukan skuad kebangsaan.

Kedudukan terbaharu itu meletakkan Malaysia sebaris dengan beberapa negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak yang lengkap seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal yang berada di kedudukan ke-179.

Ranking terbaik yang pernah dicapai Malaysia ialah di kedudukan ke-75 pada 1993.

Tuan rumah bersama Piala AFF Suzuki 2016, Filipina menunjukkan peningkatan ketara dalam kalangan negara Asia Tenggara apabila melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-116 dunia.

Dalam pada itu, naib juara Piala Copa America 2015, Argentina merampas kedudukan teratas dari Belgium dengan kutipan 1,532 mata, selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan, baru-baru ini.

Belgium yang menguasai kedudukan teratas ranking Fifa sejak November lepas, turun satu anak tangga dengan kutipan 1,352 mata, manakala Chile yang merupakan juara Piala Copa America 2015, naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga selepas mengumpul 1,348 mata.

Ranking FIFA itu melibatkan 209 negara.

Ranking Fifa itu melibatkan 209 negara.

-Bernama

Lihat Komen
ADS