Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Dua pasukan bertaraf kelab dalam Liga Malaysia, JDT dan PKNS FC melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan pencabar masing-masing, sebentar tadi.

Beraksi di gelanggang sendiri, skuad Harimau Selatan mengatasi Kedah dengan kemenangan 3-1 menjadikan JDT menang dengan agregat 4-3.

Perlawanan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Anak buah Mario Gomez membuat kebangkitan di hadapan penyokong sendiri walaupun mereka tewas 1-2 pada separuh akhir pertama di Alor Setar 16 April lalu.

Bermula baik aksi di gelanggang sendiri, persembahan pasukan tuan rumah begitu agresif dengan banyak asakan di awal permainan.

Beberapa percubaan dicipta JDT antaranya rembatan pemain sayap kiri Azinee Taib menguji pertahanan pasukan lawan.

Harimau Selatan kali ini menggunakan percaturan melalui posisi kiri dan kanan serta kerap membuat hantaran jarak jauh.

Taktikal itu dilihat berjaya untuk mereka menguasai kekangan lawan dengan hantaran terus yang pantas pantas.

Hasilnya pada minit ke-23, jaringan Jorge Pereyra Diaz berjaya meletakkan JDT di depan.

Aksi separuhnya masa pertama skuad Helang Merah nampaknya serba tidak menjadi, selain pemain ditimpa kecederaan, Kedah juga jarang berpeluang menguji benteng JDT.

Keputusan 1-0 dibawa ke separuh masa kedua menyaksikan permainan lebih seimbang oleh kedua-dua pasukan, namun JDT terlebih dahulu menambah gol kedua melalui Juan Martin Lucero di minit ke-53.

Kedah bangkit lewat

Sementara itu, jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe membawa masuk Fakri Saarani banyak mengubah corak serangan pasukannya, malah mereka sempat mendominasi serangan ke atas JDT.

Fakri juga menjadi penjaring tunggal untuk Helang Merah menyaingi jurang gol pada miniti ke-67.

Bagaimanapun, barisan pemain JDT begitu menyedari kedudukan 2-1 belum cukup melayakan mereka ke perlawanan akhir dan Kedah juga masih mempunyai peluang sama.

Pereyra Diaz akhirnya muncul sebagai hero JDT dengan gol di minit-minit akhir perlawanan untuk mengesahkan kejayaan mereka ke pentas final.

Sementara itu, di Stadium Ipoh, pasukan tuan rumah tidak senasib dengan JDT apabila terpaksa merelakan skuad tetamu menang.

PKNS menewaskan Perak dengan keputusan 2-1.

Secara agregat PKNS juga mengatasi lawannya dengan agregat 4-3.

Lihat Komen
ADS