Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
City mencabar Real Madrid bagai harimau manja?
Diterbitkan:  May 5, 2016 5:45 PM
Dikemaskini: 9:53 AM

Terkandas di separuh akhir Liga Juara-juara awal pagi tadi, Manuel Pellegrini mengakui skuadnya berjuang tanpa taring di Santiago Bernabeu sehingga akhirnya mereka tersingkir di tangan Real Madrid.

Namun di sebalik keadaan itu pengurus Manchester City itu mendakwa dia "tidak menyesal" kerana menerapkan taktik dianggap pemerhati sebagai negatif.

Sebaliknya pada pandangan Pellegrini, Real bernasib baik untuk melangkah ke perlawan akhir menentang kelab senegara Atletico Madrid di Milan pada 28 Mei ini.

Berdasarkan statistik perlawanan Real membuat 15 percubaan ke gawang City berbanding empat dibuat pasukan pelawat.

Perlawanan pusingan kedua itu berakhir dengan Real menang 1-0 selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam pertemuan pertama di Manchester pada 26 April lalu.

Kemenangan itu bagaikan hadiah daripada pemain City kerana jaringan sendiri Fernando yang tertampan hantaran silang Gareth Bale.

Pellegrini bagaimanapun berkata, tiada mana-mana pasukan berhak ke perlawanan akhir melalui jaringan gol sendiri oleh pihak lawan.

"Saya kecewa kerana cara permainan tidak seperti diharapkan, dan ia bukan dipamerkan City saja malah kedua-dua pasukan begitu," katanya.

Pellegrini yang akan melepaskan jawatannya di kelab itu selepas musim kali ini berakhir berkata, sudah tentu dia sedih kerana gagal ke perlawanan akhir.

"Tetapi saya tak kecewa kerana kami menentang pasukan yang sangat kuat tetapi bukanlah lebih baik daripada City," katanya.

Lihat Komen
ADS