Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Razif kecewa persembahan anak buah di Kuantan

Ketua jurulatih Pahang Razif Ismail tetap optimis dengan kemampuan pasukannya untuk layak ke saingan Piala Malaysia walaupun mengakui kecewa dengan persembahan anak buahnya semasa menentang Kedah malam tadi.

Beliau berkata pemainnya yang mempunyai kelebihan bermain di gelanggang sendiri gagal menyudahkan banyak peluang sehingga terpaksa menerima hakikat seri 1-1 dengan skuad Helang Merah.

"Saya rasa kita boleh menang perlawanan ini untuk mendapat tiga mata penuh tapi malangnya kita gagal," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tamat di Stadium Darul Makmur di Kuantan.

Dalam perlawanan semalam, Kedah mendahului hasil jaringan Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-26 sebelum gol penyamaan diperoleh menerusi jaringan German Pacheco minit ke-64.

Selepas perlawanan itu, Pahang berada pada kedudukan tiga pasukan terbawah dengan mengumpul sembilan mata daripada 10 perlawanan.

Mengulas mengenai perlawanan dengan JDT pada 18 Mei ini, Razif berkata beliau mengharapkan Pahang dapat melakukan sesuatu yang positif ketika bertandang ke tempat lawan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS