Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Siapa lebih unggul antara Villarreal, Liverpool?
Diterbitkan:  May 5, 2016 11:49 PM
Dikemaskini: 3:54 PM

Beberapa jam sebelum perlawanan separuh akhir kedua antara Liverpool dan Villarreal berlangsung, berikut dipaparkan beberapa fakta yang boleh menjadi panduan kepada sesiapa yang ingin menonton perlawanan berkenaan kira-kira jam 3 pagi nanti.

Perlawanan akan berlangsung di Anfield dan Liverpool berada di sisi tercicir kerana pusingan pertama dulu dimenangi Villarreal dengan jaringan 1-0.

Mengapa peminat Liverpool masih boleh berharap?

  • Perlawanan suku akhir menentang Borrusia Dortmund membuktikan apa saja boleh berlaku di padang keramat The Kop itu
  • Kehadiran Emre Can mungkin boleh mengukuhkan jentera Liverpool

Mengapa penyokong Villarreal boleh optimis?

  • Tidak banyak pasukan yang mempunyai kelebihan di pusingan pertama gagal di pusingan kedua
  • Penyerang Villarreal, Roberto Soldado beraksi cemerlang ketika mewakili kelabnya di liga Sepanyol hujung minggu lalu
  • Pemain tengah Villarreal, Cedric Bakambu jarang gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut

Rekod lalu

Pusingan pertama pada 29 April lalu adalah pertemuan pertama Liverpool - Villarreal. The Kop kelihatan hampir berjaya mencuri satu mata di El Madrigal sehinggalah Adrian Lopez membuat jaringan di penghujung masa kecederaan.

Lima keputusan terakhir Liverpool

  • Swansea 3-1 Liverpool (EPL)
  • Villarreal 1-0 Liverpool (Liga Europa)
  • Liverpool 2-2 Newcastle (EPL)
  • Liverpool 4-0 Everton (EPL)
  • Bournemouth 1-2 Liverpool (EPL)

Lima keputusan terakhir Liverpool Villarreal

  • Valencia 2-0 Villarreal (La Liga)
  • Villarreal 1-0 Liverpool (Liga Europa)
  • Villarreal 0-0 Real Sociedad (La Liga)
  • Real Madrid 3-0 Villarreal (La Liga)
  • Rayo Vallecano 2-1 Villarreal (La Liga)

Pemain penting

  • Philippe Coutinho (Liverpool)
  • Roberto Soldado (Villarreal)

Petikan menarik

Dejan Lovren: "Kita perlu percaya kepada kemampuan sendiri. Jika ia mampu dilakukan Liverpool akan melangkah ke perlawanan akhir. Ia adalah impian semua.

"Klopp pengurus yang bagus dan positif. Dia membawa tenaga positif kepada kelab dan semua orang tahu Klopp boleh membuat sesiapa yang curiga menjadi percaya."

Lihat Komen
ADS