Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
'Orang Kaya FC' besar hati bertarung dengan JDT
Diterbitkan:  May 25, 2016 12:32 PM
Dikemaskini: 4:39 AM

Ketua jurulatih Kaya FC, Joel Villarino, berkata bermain menentang JDT pada peringkat kalah mati kejohanan Piala AFC di Stadium Larkin hari ini merupakan suatu penghormatan bagi pasukannya.

"Sudah ternyata, Johor adalah satu daripada pasukan terbaik dan amat kuat dalam kempen ini.

"Kami bangga dan gembira kerana berpeluang bermain menentang mereka, tapi pada waktu sama, kami juga ingin mengutip tiga mata serta berharap sekurang-kurangnya seratus (peminat Filipina) akan berada di stadium esok (hari ini) untuk menonton perlawanan bersejarah itu," kata Villarino di Johor Bahru semalam.

Villarino berkata, sebagai pasukan underdog, mereka membuat persiapan sepenuhnya, termasuk membariskan sekurang-kurangnya empat pemain kebangsaan.

"Kami membuat penyelidikan tentang lawan kami dan berharap pemain kami akan saling membantu bagi mencapai sasaran itu," katanya.

Sementara itu, kapten pasukan Kaya, Aly Borromeo berkata perlawanan berprofil tinggi seperti itu tidak boleh disaksikan setiap hari dan oleh demikian, ia merupakan sesuatu yang istimewa bagi pasukannya.

"Pertandingan seperti ini merupakan pengalaman baharu bagi kami. Kami akan turun sebagai underdog dan perlu mencari semua peluang untuk meraih hasil," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS