Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
'Englexit' buat Hodgson keluar dari skuad England
Diterbitkan:  Jun 28, 2016 5:49 AM
Dikemaskini: Jun 28, 2016 5:16 AM

Imej gah England dicalar negara yang mempunyai populasi hanya seperti Leicester, pemainnya disorak penyokong sendiri dan langkah mereka di kejohanan Euro 2016 berakhir dengan aib.

Media England melaporkan pengurus pasukan itu Roy Hodgson mengambil tanggungjawab atas kekalahan berkenaan dengan meletakkan jawatannya, diikuti pembantu Gary Naville dan Ray Lewington.

Kekalahan 1-2 kepada pasukan pertama kali bersaing di kejohanan besar itu dianggap paling memalukan sejak 66 tahun lalu.

Memang England bermula garang apabila memperoleh jaringan seawal minit keempat perlawanan, namun jaringan berkenaan dibuat hasil tendangan penalti.

Namun keriangan The Threee Lions itu hanya bertahan Jaringan penalti oleh Wayne Rooney‎ hanya memberi kegembiraan selama dua minit apabila Ragnar Sigurdsson menyamakan kedudukan pada minit keenam.

Walaupun tampil menguasai permainan, Wayne Rooney dan rakan-rakan terpaksa akur dengan kebangkitan anak didik Lars Lagerbaeck.

Iceland muncul sebagai pasukan terakhir layak ke saingan suku akhir dengan gol kemenangan dijaringkan ‎Kolbeinn Sigthorsson pada minit ke-19.

Sebahagian besar separuh masa kedua pula menyaksikan pemain Iceland lebih banyak bertahan dalam kawasan sendiri seolah-olah yakin dan berpuas hati dengan dua jaringan dilakukan mereka.

Hanya sesekali saja pemain dari negara dengan populasi kira-kira 332,000 orang itu melakukan larian pantas cuba mencabar pertahanan diketuai Gary Cahill dan benteng terakhir England, Joe Hart.

Nampaknya percaturan itu memang berkesan dan membawa mereka melakar sejarah sendiri untuk bersaing di peringkat suku akhir berdepan pasukan tuan rumah, Perancis pada 4 Julai ini.

Sepanyol kempunan

Sementara itu misi Itali untuk melunaskan dendam pada aksi final Euro edisi lalu akhirnya terlaksana apabila‎ mereka berjaya menumbangkan Sepanyol 2-0 pada saingan 16 terbaik, awal pagi tadi.

Aksi di Stade de Franse, Saint Denis itu sekali gus melayakkan anak buah Antonio Conte‎ mengisi salah satu slot suku akhir Euro 2016.

Pada Ahad ini mereka akan mencabar julara Piala Dunia 2014, Jerman.

Menggunakan rentak persembahan agresif, Itali kali ini tampil garang lebih awal dengan serangan demi serangan pada awal ‎permainan.

Percaturan Itali nampak teratur dengan mendominasi hantaran di posisi tengah.

Bagaimanapun, prestasi penjaga gol Sepanyol David De Gea harus dipuji dengan aksi-aksi penyelamatan dilakukannya.

Seawal 10 minit permainan, De Gea menafikan dua percubaan tepat Itali sebelum gawangnya dirobek Giorgio Chiellini‎ pada minit ke-33.

Bola yang berpunca daripada sepakan percuma ‎Eder ditepis De Gea namun ia tidak cukup kemas dan gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya Sepanyol.

Ia memberi peluang kepada Chiellini memanfaatkannya dengan berjaya menolak bola ke gawang skuad La Roja.

Berbekalkan gol pembukaan itu, Itali dilihat mengukuhkan posisi pertahanan khususnya di separuh masa kedua.

Ia sekali gus memberi peluang untuk ‎anak buah Vicente del Bosque menguasai permainan.

Penampilan juara dua edisi lalu berturut-turut‎ itu dilihat tidak mempraktikkan teknik tiki-taka yang sinonim dengan mereka.

Namun, ada beberapa peluang dicipta untuk menyamaankan kedudukan. Antaranya ‎percubaan Gerard Pique pada minit ke-77 yang berjaya dinafikan Gianluigi Buffon.

Menjelang penghujung masa perlawanan, Graziano Pelle memastikan kedudukan lebih selesa buat Itali dengan gol kedua pada minit ke-90.

Keputusan itu sekali gus menguburkan impian Sepanyol untuk mencipta kejuaraan hatrik dalam kejohanan bola sepak Eropah.

Lihat Komen
ADS