Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Tengku Abdullah sedia jumpa Khairy bila-bila masa
Diterbitkan:  Jul 23, 2016 9:53 AM
Dikemaskini: Jul 3, 2017 9:17 AM

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan baginda untuk berjumpa dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mencari penyelesaian isu yang melanda persatuan itu.

"Bila-bila masa pun boleh jumpa," titah baginda ringkas semasa ditemui selepas Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan dan Khatam Hafazan al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2016 di Kuantan malam tadi.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa diminta mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin bahawa beliau sedang menunggu untuk menghadap baginda yang juga Tengku Mahkota Pahang pada minggu depan.

Pertemuan itu merupakan susulan isu persaraan empat pemain Johor DarulTakzim (JDT) daripada skuad kebangsaan dan dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa mempunyai bukti salah laku di dalam badan
induk berkenaan.

Khairy juga memberitahu beliau telah mengadakan pertemuan denganTunku Ismail pada minggu lalu dan akan memikirkan penyelesaian kepadapermasalahan itu selepas berjumpa Tengku Abdullah.

Ditanya mengenai dakwaan Tunku Ismail bahawa beliau mempunyai pemacusimpanan mudah alih (pendrive) yang mengandungi pelbagai maklumat rasuah dalamFAM, Tengku Abdullah enggan mengulas lanjut.

"Itu kena tanya pada orang yang ada pendrive itu," titah baginda ringkas.

Minggu lalu, empat pemain bola sepak JDT iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Raszak, S Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal mengumumkan hasrat berundur daripada menyarung jersi Harimau Malaya.

Tunku Ismail dalam kenyataannya mendakwa keputusan pemain itu berpunca daripada program dalam skuad kebangsaan dan sikap tidak bertanggungjawab FAM serta FAM dibelenggu rasuah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS