Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Hujan bawa rahmat buat Helang Merah
Diterbitkan:  Jul 23, 2016 11:46 PM
Dikemaskini: 4:01 PM

Hujan lebat di Stadium Darul Aman, Alor Setar dilihat memberi tekanan buat pasukan Kedah dan T-Team sebelum keputusan berkesudahan berpihak 1-0 kepada tuan rumah.

Sepanjang 45 minit pertama, kedua-dua pasukan terpaksa mengharungi perlawanan dalam keadaan serba lencun sebelum keadaan menjadi reda di separuh masa kedua.

Bagi pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe keadaan itu tentu memberi tekanan dan gangguan terhadap rentak persembahan anak buahnya.

"Apa yang penting kekuatan mental menjadi kelebihan untuk kita menang malam ini. Kita tahu corak permainan agak berbeza dengan keadaan padang yang basah dan becak.

"Dua kemenangan berturut-turut ini diharap terus menjadi kekuatan buat pasukan untuk mengahrungi perlawanan akan datang," katanya sejurus perlawanan selesai.

Secara keseluruhan aksi ke-14 Liga Super itu menyaksikan persembahan seimbang kedua-dua pasukan.

Bagaimanapun, beraksi di gelanggang sendiri pasti memberi kelebihan untuk skuad Helang Merah berbanding pasukan pelawat.

Ketiadaan pemain sandaran Baddrol Bakhtiar dilihat sedikit sebanyak mengubah corak persembahan anak buah Cheng Hoe.

Walaupun kekal dengan taktikal hantaran pendek, tidak banyak hantaran cantik dicipta khususnya dari posisi tengah.

Tugas mengatur rentak permainan banyak digalas Liridon Krasniqi dan Syazwan Zainol untuk mencabar benteng pertahanan lawan.

Dipihak pasukan T-Team pula menyaksikan anak didik Rachmat Darmawan tampil begitu mencabar. Namun, nasib kurang menyebelahi mereka.

Peluang-peluang yang dihasilkan gagal untuk menyamakan gol tunggal Kedah yang dijaringkan Smeltz Shane Edward pada minit ke-49.

Shane Edward berjaya melibas masuk bola tampanan Ariff Farhan susulan hantaran lintang Rizal Ghazali ke kawasan kotak penalti lawan.

Bagi jurulatih dari Indonesia itu, dia tetap berpuas hati dengan persembahan barisan pemainnya.

"Saya terpaksa membuat penggiliran pemain setiap perlawanan bagai mengekalkan tahap kecergasan pasukan. Malam ini kami beraksi dengan baik, cuma nasib tidak menyebelahi untuk menghasilkan jaringan," katanya.

Kekalahan itu tamparan besar kepada T-Team selepas tewas tiga kali berturut-turut, manakala Kedah yang mengutip tiga mata penuh semakin selesa di kedudukan keempat liga.


Keputusan lain:
Kelantan 0-0 Pahang
PDRM 1-2 Felda United
Perak 2-0 Terengganu
Pulau Pinang 1-1 Selangor

Lihat Komen
ADS