Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Mourinho tunjuk pintu keluar buat Schweinsteiger
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 5:44 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Ketika Bastian Schweinsteiger, Morgan Schneiderlin, Anthony Martial, Matteo Darmian dan Marouane Fellaini tiba di padang latihan Manchester United, Jose Mourinho menyampaikan berita tentang masa depan kelab berkenaan.

Pengurus dari Portugal itu memberitahu ada sembilan pemain yang dialu-alukan meninggalkan Old Trafford.

The Daily Mail melaporkan Mourinho mahu mempunyai skuad dibarisi 24 pemain untuk musim akan datang.

Secara terbuka Mourinho berkata pemain yang tiada dalam perancangannya - selain Schweinsteiger - ialah Adnan Januzaj, Andreas Pereira, James Wilson, Cameron Borthwick-Jackson, Timothy Fosu-Mensah, Will Keane, Paddy McNair dan Tyler Blackett.

Mereka, kata Mourinho, terbuka untuk dipinjam kelab lain atau meninggalkan terus Old Trafford.

Pada masa sama The Special One itu sudah mengikat tiga pemain baru dengan Paul Pogba dikatakan hampir pasti menyertai kem MU tidak lama lagi.

Pemain baru itu ialah Eric Bailly, Henrik Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovic.

Borthwick-Jackson Fosu-Mensah sebelum ini dilihat menyinar di bawah kendalian Louis van Gaal.

Andreas Pereira pula diarah mencari pengalaman lebih banyak dengan kelab lain - secara pinjaman - sebelum kembali untuk mencari tempat dalam kesebelasan utama MU.

Schweinsteiger, 31, dibeli dari Bayern Munich dengan harga £7 juta (RM37.5 juta) namun pelaburan berkenaan dianggap merugikan kerana dia ditimpa kecederaan dan tidak dapat beraksi dalam banyak perlawanan.

Dia masih memiliki kontrak dua tahun lagi dengan gaji mingguan bernilai £160,000 (RM857,303).

Lihat Komen
ADS