Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Bekas pemain Harimau Muda perlu tonjol kebolehan

Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mahu bekas pemain Harimau Muda menonjolkan kebolehan masing-masing untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan.

Beliau berkata pemain pasukan Harimau Muda di bawah kendaliannya dari tahun 2007 sebelum dibubarkan tahun lepas mempunyai pengalaman luas berlatih di luar negara termasuk menyertai beberapa liga di Eropah.

"Bekas pemain Harimau Muda mempunyai pengalaman cukup luas terutamanya latihan yang kita lalui di Eropah, menyertai beberapa liga luar negara.

"Zaman ketika saya bersama Harimau Muda tujuannya adalah untuk melatih mereka akan menjadi sokongan kepada pasukan kebangsaan. Kini peluang diberikan kepada mereka, saya berharap status pemain Harimau Muda sebelum ini bukan untuk dijadikan kebangaan.

"Mereka harus berusaha untuk mendapatkan tempat dalam skuad Harimau Malaysia terutamanya untuk pemilihan bagi perlawanan AFF Suzuki tahun ini," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, semalam.

Dalam pada itu, 24 pemain yang dipilih untuk menjalani kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula hari ini telah menghadirkan diri kecuali pemain Perak, Nazirul Naim Che Hashim.

Kem latihan pusat itu adalah persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus 'A' dengan bertemu Indonesia di Stadium Manahan, Indonesia pada 6 September.

"Ketika ini Brendan Gan dan Ahmad Hazwan Bakri mengalami kecederaan lama dan kita sedang memantau kecederaan mereka sama ada boleh beraksi menentang Indonesia atau tidak.

"Brendan mengalami kecederaan lama iaitu sakit belakang dan Hazwan pula masih cedera buku lali. Nazirul tidak maklumkan mengenai situasi beliau lagi. Saya difahamkan dalam masa terdekat pengurusan Perak akan maklum," katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS