Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
De Paula, Safuwan hantui Kedah menjelang separuh akhir

Penyerang berbisa skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM), Guilherme de Paula dan Muhammad Safuwan Baharudin menghantui pasukan Kedah menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia, Jumaat ini.

Ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe berkata Guilherme, pemain import dari Brazil dan Safuwan masih berbisa untuk merobek gawang lawan sekiranya barisan pertahanan Kedah gagal menyekat gerakan kedua-dua penyerang itu.

Beliau berkata walaupun PDRM tewas 2-1 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super, Sabtu lepas, namun keputusan itu tidak mematahkan semangat malah membakar semangat pasukan lawan itu berusaha keras bagi memburu slot ke final.

"Kita perlu mengawal setiap gerakan de Paula (Guilherme) dan Safuwan kerana mereka mampu mengancam benteng pertahanan dengan percubaan berbahaya," katanya kepada Bernama di Alor Setar hari ini.

Katanya pemainnya tidak boleh leka dan perlu mengekalkan rentak perlawanan sebelum ini bagi memastikan pasukan Kedah memperoleh bekalan jaringan yang selesa ketika bertandang ke stadium pasukan lawan pada aksi separuh akhir kedua.

Cheng Ho berkata motivasi anak buahnya semakin tinggi dan mereka telah bersedia 100 peratus untuk berhadapan dengan PDRM selepas menunjukkan prestasi baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Beliau berkata Shane Smeltz dan Thiago Agusto merupakan tonggak utama untuk menjaringkan gol, tetapi turut berharap pemain lain seperti Syazwan Zainon, Badrul Bakhtiar dan Liridon Krasniqi dapat turut memainkan peranan sama.

"Kita tidak berharap kepada Thiago dan Shane sepenuhnya tetapi jika ada peluang pemain lain juga perlu jaringkan gol. Kita mempunyai misi penting untuk peroleh bekalan gol selesa di gelanggang sendiri sebelum mengintai slot final," katanya.

Menurut, barisan kesebelasan utama bebas daripada kecederaan dan mampu menampilkan aksi yang terpuji.

- Bernama

Lihat Komen
ADS