Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Pelumba negara catat masa 10 terpantas latihan GP3

Pelumba negara, Akash Neil Nandy yang mewakili Jenzer Motorsports, mencatat masa 10 terpantas pada sesi latihan bebas perlumbaan kelas Grand Prix 3 (GP3) di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Akash melakukan catatan satu minit 51.605 saat manakala Jack Aitken daripada pasukan Arden International mencatat masa terpantas dengan 1:50.883s diikuti Kevin Joerg (DAMS) dengan 1:51.050s manakala Nyck De Vries (Art Grand Prix) ketiga (1:51.176s).

"Ia begitu hebat untuk kembali di litar kegemaran saya...saya seronok dengan sesi latihan itu dan litar ini terus memukau saya setiap kali beraksi di Sepang.

"Ini adalah sesi latihan yang cukup baik dan merupakan permulaan yang diharapkan menjelang hujung minggu ini. Cuma kami ada sedikit kekurangan berbanding dengan yang lain yang menukar tayar mereka.

"Namun untuk berada dalam kelompok 10 teratas adalah permulaan yang baik untuk kami," kata Akash kepada pemberita di Sepang.

Sementara itu, bagi saingan siri GP2, seorang lagi pelumba negara, Nabil Jeffri yang mewakili pasukan Arden International berada di kedudukan ke-18 dengan catatan 1 minit 44.232 saat dalam satu lagi sesi latihan bebas.

Pelumba pasukan Prema Racing, Pierre Gasly dan Antonio Giovinazzi, masing-masing mencatat masa terpantas dengan 1:42.352s dan 1:42.475s manakala Raffaele Marciello daripada pasukan Russian Time, ketiga terpantas dengan 1:42.894s.

"Sudah lama saya tidak berlumba di Litar Sepang, selepas tiga pusingan baru saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan litar tetapi ketika itu tayar sudah haus.

"Saya tahu apa yang perlu dilakukan pada pusingan kelayakan esok, kereta saya perlu lebih pantas di selekoh kelima, enam, tujuh dan lapan," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS