Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Panggil pemain balik, Tunku Ismail mahu ajar FAM
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 7:14 PM
Dikemaskini: 11:31 AM

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim 'menyelar' tindakan ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Ong Kim yang memanggil pemain JDT II lebih awal ke kem latihan.

"Baru-baru ini kecoh apabila pemain JDT II dipanggil balik. Ini kerana saya mahu mengajar FAM agar mula mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh FIFA dan negara-negara bola sepak yang maju di luar negara.

"Mereka mahukan pemain berlatih lebih lama untuk lebih persiapan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Jika diletakkan pemain berlatih empat bulan dalam skuad kebangsaan sekali pun, mereka tetap akan bermain 'stail' itu juga," katanya dalam kenyataan di Facebook JDT, petang tadi.

Terdahulu, tiga pemain JDT II iaitu Darren Lok, Irfan Fazail dan Zaquan Adha Abd Radzak menyertai kem latihan skuad kebangsaan tiba-tiba diarahkan pulang oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Pemilik JDT itu berkata, ia susulan kualiti dan tahap yang ada pada Kim Swee.

"Sekiranya ada jurulatih antarabangsa yang ada rekod dan kejayaan, saya boleh benarkan pemain saya pergi untuk berapa lama sekalipun kerana saya tahu mereka boleh belajar.

"Tetapi sekiranya dengan Datuk Ong Kim Swee, pemain saya tidak akan dapat belajar dengan lebih lagi kerana beliau bukannya dilantik berpandukan prestasi tetapi kerana sikap pilih kasih oleh exco-exco FAM dan berkongsi gaji," kata Tunku Ismail.

Beliau enggan mengulas lanjut perkara itu kerana mengetahui pada tahun hadapan, khidmat Kim Swee tidak akan ada lagi.

"Pemain saya akan melapor diri empat hari sebelum perlawanan. Muktamad," tegasnya.

Lihat Komen
ADS