Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Najib: F1 pendedahan global positif untuk Malaysia

Penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1), acara permotoran terbesar di Malaysia sejak 1999, berjaya memberikan pendedahan global yang positif untuk negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, beliau percaya penambahan acara sokongan seperti Siri GP2 dan GP3 mampu menjadikan perlumbaan di Malaysia kali ini lebih menarik daripada sebelumnya.

"Sebelum ini, lebih 500 juta orang dari 180 negara menonton atau mengikuti perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia menerusi televisyen, media cetak mahupun media sosial.

"Saya percaya jumlah ini mempunyai potensi untuk terus meningkat tahun ini," kata Najib dalam buku rasmi perlumbaan itu.

Perdana Menteri berkata pengenalaan Siri GP2 dan GP3 serta perubahan tarikh perlumbaan di Malaysia akan mewujudkan pelbagai peluang untuk mempromosikan acara itu kepada golongan penonton yang lebih luas.

"Menjadi perlumbaan pusingan ke-16 daripada 21 yang ada, menjadikan acara ini lebih menarik.

"Selepas tiga suku daripada musim ini telah berakhir, peminat pasti mempunya jangkaan yang berbeza terhadap pelumba dan pasukan pilihan mereka, dan ini memberi dorongan lain untuk mereka datang ke Sepang untuk memberikan sokongan," katanya.

Perdana menteri berkata semangat patriotik juga akan memainkan peranan apabila Nabil Jeffri, seorang pelumba berbakat Malaysia, beraksi dalam Siri GP2.

Beliau berkata minat warga tempatan semakin dikukuhkan dengan kejayaan berterusan pasukan Mercedes AMG Petronas selepas juara dunia, Lewis Hamilton dan rakan sepasukannya, Nico Rosberg masih mendahului saingan untuk perebutan kejuaraan tahun ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS