Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Wendi Ng hanya berlatih sebulan untuk pingat emas

Ng Yan Yee yang memenangi pingat emas dalam final papan anjal wanita 3m pada Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2016 hari ini,
berkata beliau masih boleh meningkatkan lagi prestasinya.

Penerjun negara yang merupakan finalis dalam acara sama di Sukan Olimpik Rio berterima kasih kepada jurulatihnya, Yang Zhuliang kerana membantunya memenangi pingat emas.

"Saya bertuah untuk memenangi pingat emas hari ini biarpun hanya berlatih selama sebulan untuk kejohanan ini.

Selepas Sukan Olimpik, saya menumpukan perhatian kepada pelajaran saya.

Prestasi saya di Rio lebih baik. Saya boleh lakukan dengan lebih baik, katanya di Pusat Akuatik Sarawak.

Pingat yang dimenangi Ng hari ini adalah yang pertama baginya dalam acara individu dan beliau sebelum ini memenangi acara campuran, termasuk pingat emas.

Beliau masih belum memutuskan sama ada untuk menyertai Siri Dunia di Beijing dan Dubai tahun hadapan. - Bernama

Lihat Komen
ADS