Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bertekad mahu menamatkan kemarau podium pada perlumbaan pusingan ke-17, Kejuaraan Motosikal Grand Prix (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang
(SIC), hujung minggu ini.

Hafizh, 22, biarpun sedang mengalami kecederaan ringan pada betis kiri
ketika beraksi di Litar Phillip Island, Australia Ahad lepas, beliau optimis
mampu beraksi dengan baik terutamanya di laman sendiri.

"Semua pelumba inginkan podium, saya juga sudah beberapa kali menghabiskan perlumbaan di tempat keempat dan hampir berada di podium cuma rezeki belum berpihak kepada saya. 

"Saya akan cuba memberi saingan yang terbaik untuk menamatkan perlumbaan dan mahu berada di podium, katanya pada sidang media bersama pasukan Petronas Raceline Malaysia di Pescao55 Concept Store, hari ini.

Hafizh yang dikenali sebagai 'Pescao' berkata selain litar basah beliau
mempunyai pengalaman beraksi di litar kering dalam keadaan cuaca panas di Sepang.

"Saya mempunyai sedikit kelebihan dari segi keadaan cuaca yang panas. Saya juga sudah mencuba litar baru di Sepang," katanya.

Pelumba yang berasal dari Selangor itu juga mahu kekalkan kedudukan di tempat ke-10 teratas untuk keseluruhan perlumbaan.

"Sekarang saya jatuh di kedudukan kesembilan keseluruhan berikutan gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan lepas di Litar Phillip Island, Australia yang menyebabkab saya gagal mengutip sebarang mata.

"Bagaimanapun, saya akan lakukan yang terbaik untuk memastikan saya kekal berada di dalam 10 kelompok terbaik, tiada yang mustahil kerana perlumbaan masih berbaki dua pusingan lagi," katanya yang menduduki tangga kesembilan kedudukan keseluruhan dunia dengan 106 mata dalam kelas Moto2.

Hafizh melahirkan rasa bangga terhadap prestasinya pada musim ini kerana berjaya mengumpul mata melebihi 100 yang beliau inginkan sejak musim lepas.

Pusingan terakhir perlumbaan MotoGP musim ini akan berlangsung di Valencia 11-13 Nov ini. -Bernama

Lihat Komen
ADS