Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Pandelela, Azizulhasni dikurnia pingat AMN
Diterbitkan:  Oct 27, 2016 6:43 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Atlet Pandelela Rinong Pamg dan Mohd Azizulhasni Awang antara 85 individu menerima gelaran Ahli Mangku Negara (AMN) sempena ulang tahun keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Pandelela, penerjun negara, memenangi pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita manakala Azizulhasni memenangi pingat gangsa acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro pada Ogos lepas.

Terdahulu, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016 kepada 303 penerima bersempena ulang tahun keputeraan baginda.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat itu yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan Datuk Mohamad Dolmat yang menerima darjah Panglima Jasa Negara (PJN) membawa gelaran 'Datuk' mengetuai senarai para penerima berkenaan.

Lihat Komen
ADS