Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Rakan menunggu di syurga, kata penjaga gol Chapecoense
Diterbitkan:  Dec 1, 2016 4:22 PM
Dikemaskini: 8:46 AM

Penjaga gol kelab Chapecoense, Marcos Danilo Padilha merupakan salah seorang mangsa yang ditemui selamat ketika kejadian nahas kapal terbang di Medellin, Colombia yang membawa rombongan pasukan bola sepak itu, Selasa lalu.

Walaupun disahkan meninggal dunia selepas itu, pemain berusia 31 tahun itu sempat menghubungi isterinya Leticia ketika dalam dibawa ke hospital.

Padilha dilaporkan sempat mengungkapkan kata-kata terakhir ketika menelefon isterinya.

"Tuhan, jaga keluarga saya dan ambil nafas saya dengan cepat.

"Rakan-rakan sudah menunggu saya di syurga. Mereka memerlukan seorang penjaga gol di sana," katanya seperti dilaporkan portal Eyewitness News.

Pesawat tersebut membawa 81 termasuk krew penerbangan, pemain dan kakitangan dari kelab liga utama Brazil serta wartawan menggemparkan komuniti bola sepak seluruh dunia.

Setakat ini lebih 76 terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di kawasan pergunungan Colombia termasuk Padilha, manakala lima mangsa dilaporkan selamat.

Pesawat yang disewa itu dikendalikan syarikat Bolovia, LAMIA, berlepas dari Santa Cruz, Bolovia membawa rombongan Chapecoense untuk mengharungi perlawanan akhir Piala Copa Sudamericana.

 

#DaniloPadilha

A photo posted by Marcos Danilo Padilha (@danilopadilhaofficial_) on

Lihat Komen
ADS