Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Siapa si jelita berjaket Chelsea di Goodison Park?
Diterbitkan:  Dec 6, 2016 4:15 PM
Dikemaskini: 8:26 AM

Keberanian seorang wanita jelita mengenakan jaket Chelsea di tengah kumpulan penyokong Everton di Stadium Goodison Park, baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Memakai pakaian pasukan yang disokong memang amalan biasa di kalangan peminat bola sepak namun untuk liga perdana Inggeris yang menyaksikan saingan amat sengit, berada di tengah kumpulan penyokong yang tidak menggemari kelab anda boleh mengundang padah.

Namun, hal itu dilakukan seorang penyokong yang memakai jaket Chelsea ketika aksi Everton bertemu Manchester United (MU), Ahad lalu.

Kehadiran wanita muda itu menarik perhatian sekali gus menjadi viral di media sosial. Ia bukan saja mengenai keberanian berada di kawasan Everton, tetapi susuk fizikal dan penampilannya segera menjadi perbualan.

Media di England kemudian menjejaki wanita misteri yang mencetuskan tanda tanya itu.

Dia adalah Emily Rogawski, wanita dari AS yang kini menetap di England sebagai pelajar bidang psikologi sukan.

Dalam akaun Instagramnya, Emily mengakui dia seorang peminat tegar sepak bola dan penyokong sejati Chelsea.

Menurutnya, selepas menyaksikan Chelsea menewaskan Manchester City di Etihad pada Sabtu lalu, dia mendapat tawaran tiket murah untuk menonton perlawanan Everton dan MU keesokan harinya.

"Saya cintakan Chelsea dan bola sepak. Jadi tak mahu terlepas pertandingan seperti ini. Terutamanya harga tiket cuma £15.

"Menjadi orang AS yang tinggal di England memang impian saya selama ini dan ditambah pula berada di tengah persekitaran bola sepak. Jadi, saya cuba hadir ke sebanyak mungkin pertandingan yang boleh," kata Emily.

Soal jaket Chelsea yang dia kenakan katanya: "Siapa pun yang benci melihat saya memakai jaket Chelsea jangan malu belikan saya jaket musim sejuk lain kerana hanya ini yang saya ada," katanya.

Lihat Komen
ADS