Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Musim baru liga Malaysia 2017 akan bermula pada 20 Januari depan menyaksikan pertemuan juara Liga Super, JDT, dan Kedah sebagai juara Piala Malaysia 2016 merebut Piala Sumbangsih.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam yang mengesahkan perlawanan untuk Piala Sumbangsih itu akan diadakan di Johor Bahru.

Menurutnya, perbincangan mengenai perjalanan dan penjadualan liga berkenaan masih menggunakan format musim 2016 dengan persetujuan semua pasukan.

"FMLLP akan langsungkan Piala Sumbangsih melibatkan pasukan JDT bertemu Kedah dan Liga Perdana pada 20 Januari sebagai permulaan musim 2017, selebihnya perlawanan (pertama) Liga Super melibatkan pasukan lain berlangsung pada 21 Januari.

"Selain itu, saingan bagi Piala Malaysia akan bermula pada Ogos dan perlawanan akhir dijangka pada 28 Oktober," katanya selepas perbincangan khas liga Malaysia bersama wakil wakil pasukan di Wisma FAM, kelana Jaya, hari ini.

Kevin berkata, dalam perbincangan itu semua pasukan bersetuju untuk mengekalkan format musim ini dengan penambahbaikan dari segi tempoh masa antara dua perlawanan.

"Dari segi penjadualan kita telah cuba untuk pastikan setiap perlawanan kita ada sedikit tempoh rehat.

"Namun, disebabkan penganjuran Sukan SEA pada Ogos liga akan berehat selama tiga minggu.

"Jadi bulan Julai jadual agak padat, sebab kita kehilangan masa pada Ogos," jelasnya.

Lihat Komen
ADS