Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Annuar Musa anggap kemenangan Faiz macam Panadol

Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Fifa 2016 disaran agar dijadikan penyuntik semangat untuk membawa sukan bola sepak negara ke tahap lebih tinggi.

Menyifatkan kejayaan tersebut sebagai 'Panadol' kepada bola sepak negara, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pemain tersebut.

"Saya fikir (kejayaan) itu telah mengharumkan sedikit nama negara dan menjadi satu Panadol kepada prestasi bola sepak negara yang berada pada ranking yang terlalu jauh.

"Itu satu pencapaian yang baik dan saya harap itu dapat melonjak semangat pemain-pemain bola sepak profesional yang lain bahawa ianya bukanlah sesuatu yang tidak boleh dicapai," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kejayaan seumpama itu boleh juga dicapai pemain tempatan lain jika mereka memperbaiki mutu permainan masing-masing.

- Bernama

Lihat Komen
ADS