Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pasukan hoki wanita negara perlu lebih berwaspada ketika menentang Thailand pada saingan suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Wanita Dunia (WHLWL), esok.

Malaysia selaku naib juara Kumpulan B, bakal berdepan Thailand yang
menduduki tempat ketiga kumpulan A.

Ketua Jurulatih Wanita Kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata pasukan Thailand adalah sebuah pasukan yang lebih kuat berbanding Kazakhstan.

"Kualiti permainan Thailand juga telah meningkat berbanding ketika beraksi di Sukan SEA Singapura. Jangan pandang rendah keupayaan Thailand walaupun mereka tamatkan kempen peringkat kumpulan dengan dikecewakan Wales 0-3," katanya.

Malaysia muncul naib juara Kumpulan B selepas melengkapkan jadual pusingan awal dengan membelasah Kazakhstan 13-1 di Stadium Tun Razak, semalam.

Selepas kalah 1-2 kepada juara kumpulan, Ireland pada Isnin, Malaysia
mengakhiri perlawanan peringkat kumpulan dengan mengutip enam mata dengan dua kemenangan ke atas Kazakhstan semalam dan membenam Hong Kong 9-0 pada perlawanan pembukaan pada Ahad lepas.

Dharma bekata perlawanan peringkat suku akhir merupakan pertarungan yang pastinya berbeza yang mana pasukannya perlu menghormati pihak lawan dengan tidak mengambil mudah keupayaan mereka.

Kejohanan ini menawarkan slot automatik buat dua pasukan terbaik ke Pusingan Ketiga WHLWL di Brussels, Belgium atau Cape Town, Afrika Selatan pada Jun ini yang menjadi pentas terakhir untuk ke Piala Dunia 2018 di London. -Bernama

Lihat Komen
ADS