Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Prestasi biasa di EPL tapi MU kelab terkaya dunia
Diterbitkan:  Jan 19, 2017 3:18 PM
Dikemaskini: 7:26 AM

Kelab Manchester United (MU) mengungguli carta kelab paling kaya di dunia melalui senarai terbaru Football Money League dikeluarkan Deloitte.

Senarai itu sekali gus mengatasi penguasaan selama 11 tahun kelab dari Sepanyol, Real Madrid.

MU membuktikan penguasaan kewangan mereka dengan membeli pemain tengah Paul Pogba dengan rekod perpindahan dunia £89.3 juta (RM109.6juta) pada musim panas lalu.

Kelab berkenaan meraih pendapatan €689 juta (RM3.27 bilion) pada tempoh 2015 hingga 2016 dengan rekod pendapatan tertinggi sepanjang masa mengatasi Madrid dan Barcelona.

Manchester City pula naik mencatatkan peningkatan baru di kedudukan kelima dalam senarai tahunan yang diterbitkan hari ini.

Sementara juara EPL musim lalu, Leicester City buat pertama kali berada di senarai 20 kelab dunia terkaya selepas kejayaan mereka itu.

Arsenal, Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur dan West Ham United juga merupakan antara kelab terkemuka yang turut tersenarai.

Lihat Komen
ADS