Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan

Sukan ragbi di Malaysia bakal memasuki era profesional menjelang tahun depan apabila Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mahu meningkatkan tahap mereka serta pemain daripada amatur dan semi-profesional.

Pengarah pertandingan KRM, Fahmy Jalil berkata buat masa ini, sasaran utama ialah menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia 2019 sebaik tamat Kejohanan Asia (ARC) pada Mei depan, di mana mereka mengharapkan kejayaan.

"Rancangan utama kami adalah mendapatkan status profesional yang membabitkan beberapa langkah termasuk menganjurkan sukan ini pada tahap tinggi, melahirkan lebih ramai pemain profesional daripada amatur, mendapatkan dana dan siaran sukan ini di media massa.

"Ketika ini, KRM telah menandatangani kontrak secara tidak langsung dengan Astro dan mempunyai rancangan untuk menyiarkan kejohanan akan datang secara langsung serta sedang meneliti beberapa aspek teknikal sebelum memuktamadkannya.

"Promosi ragbi tempatan masih kurang. Ramai peminat hanya tahu mengenai ragbi antarabangsa. Bagi pemain pula, ramai yang masih kurang yakin sukan ini mampu menjanjikan pulangan," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Fahmy berkata KRM juga merancang menswastakan penganjuran sukan tersebut seperti yang dilakukan dalam bola sepak negara menerusi Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Ketika ini, perlawanan Liga Malaysia dikendalikan FMLLP dan semua pasukan juga kini menghampiri proses penswastaan.

"Ragbi masih mencari tempat di Malaysia dan kami harap dapat melakukannya dengan baik pada masa depan," katanya.

Terdahulu, KRM melancarkan Liga Perdana Ragbi yang akan diadakan dari 4 Feb hingga 1 April ini.

Liga itu terdiri daripada empat bahagian itu Perdana, Divisyen 1, Divisyen 2 serta Kejohanan Piala Timur dan ia akan diadakan di seluruh negara.

-Bernama

Lihat Komen
ADS