Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan pemain skuad Rusa supaya tidak mudah berasa selesa apabila mencapai kemenangan.

Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pemain harus menganggap setiap perlawanan umpama final.

"Kalau kita mempunyai sikap mahu menang, saya yakin kita boleh berjaya. Saya juga mengingatkan pemain supaya jangan ada sikap sombong dan terlampau yakin kerana kita juga kena hormat lawan kita.

"Yang penting ialah kita bermain dengan keyakinan untuk menang," katanya kepada pemberita di Seremban, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan 3-0 ke atas Sabah pada aksi sulung Liga Perdana 2017 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban, Jumaat lepas.

Mohamad turut berharap supaya skuad Rusa dapat mengekalkan momentum kemenangan itu dalam usaha melayakkan diri dalam saingan Liga Super musim depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata secara keseluruhannya pemain musim ini mempunyai komitmen yang tinggi termasuk pemain import yang menunjukkan mutu permainan yang lebih baik jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelum ini.

Pada musim ini, Negeri Sembilan diperkuatkan empat pemain import iaitu Bruno Suzuki Castan Heira dari Jepun, Simic Marko (Croatia), Lee Andrew Tuck (England) dan Vidic Nemanja (Serbia).

Skuad negeri itu dibimbing Mohd Asri Ninggal manakala bekas jurulatih Kelab Medan Chiefs, Indonesia, Jorg Peter Steinebrunner yang berasal dari Jerman dilantik sebagai pengarah teknikal.

- Bernama

Lihat Komen
ADS