Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kurang fokus antara punca skuad penyu dihukum di laman sendiri dalam aksi Liga Perdana menentang Perbadanan Kemajuan
Negeri Perak (PKNP) FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Pembantu Jurulatih pasukan Terengganu Mohd Nafuzi Zain berkata ketinggalan dua gol awal itu juga menyebabkan para pemain tertekan.

Katanya kesalahan dan kealpaan pemain memakan diri sendiri dengan memberi gol mudah pada pasukan lawan.

"Kita hendak dapatkan gol susah namun kita senang melepaskan gol kepada pihak lawan," katanya kepada pemberita.

Dalam perlawanan malam tadi menyaksikan Skuad Penyu tumbang di tangan lawan dengan jaringan 4-2.

Gol lawan hadir seawal minit ke-12 menerusi kapten pasukan Muhd Shahrel Fikri Md Fauzi sebelum menghasilkan gol kedua peribadinya pada minit ke-29.

Manakala dua lagi gol dijaringkan oleh Ritus Krjauklis pada minit ke-52 dan Vincent Lucas Weijl pada minit ke-82.

Gol tuan rumah pula dijaringkan Federico Matias Falcone pada minit ke-36 dan Issey Nakajima di minit ke-59.

Mohd Nafuzi berkata kelemahan lawan yang terpaksa bermain dengan 10 pemain juga tidak dimanfaatkan sepenuhnya para pemain. -Bernama

Lihat Komen
ADS