Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Mourinho: Begitulah bola sepak moden, Claudio
Diterbitkan:  Feb 24, 2017 3:39 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Pemecatan pengurus Leicester City, Claudio Ranieri ternyata mengejutkan ramai orang, termasuk di kalangan pesaingnya di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malah, nasib jurulatih dari Itali itu turut mendapat perhatian rakan sejawatnya di Old Trafford, Jose Mourihno.

Murinho tampil dengan kenyataan betapa dia bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas Ranieri selepas membawa skuad The Foxes muncul juara EPL musim lepas.

"Juara EPL dan jurulatih terbaik Fifa tahun ini dipecat. Begitulah bola sepak moden, Claudio," katanya lelaki kelahiran Portugal itu di akaun Instagramnya.

Terdahulu, Ranieri dipecat oleh pengurusan Leicester City susulan prestasi merudum mereka pada musim ini.

Mourinho dilihat orang yang amat memahami perasaan Ranieri. Musim lalu dia juga dipecat dari kerusi pengurus Chelsea selepas enam bulan membawa The Blues menjuarai EPL.

"Teruskan senyuman, kawan. Tak ada sesiapa dapat memadam sejarah yang telah anda tulis," kata Mourinho.

Selain itu pendapat sama turut dilontar pengurus AS Roma, Luciano Spalletti, yang menganggap sikap diambil pengurusan Leicester City sebagai tidak pandai mengenang jasa.

"Berita amat menyedihkan. Terbukti tiada rasa terima kasih dalam dunia bola sepak, tidak sedikit pun. Ranieri berhak mendapat penghargaan atas segala yang diberikan kepada kelabnya," kata Spalletti seperti dilaporkan Football Italia.

Leicester City kini berada di tangga ke-17 dengan 21 mata selepas mengharungi 25 perlawanan dengan rekod lima kemenangan, enam seri dan 14 kekalahan.

Pendahulu liga, Chelsea pula mengumpul 60 mata.

 

Sementara itu, rasa terkejut turut dikongsi bekas pemain pertahanan England, Rio Ferdinand.

Mengetahui berita pemecatan itu, Ferdinand cuma berharap khabar diterimanya itu "tidak benar".

"Melihat berita mengenai Ranieri. (Saya) Terkejut apatah lagi selepas melihat penampilan mereka semalam. Menang liga dan tidak diberikan masa berjuang untuk lebih selamat," katanya.

Lihat Komen
ADS