Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Ibrahimovic memang jangka banyak tabur jasa untuk MU
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 2:33 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Membawa Manchester United (MU) menjulang Piala Liga Inggeris ternyata bukan kejutan buat Zlatan Ibrahimovic.

Malah, pemain dari Sweden yang memang terkenal dengan kata-kata tidak berlapik itu mengungkapkan betapa dia memang menjangkakannya.

Pada aksi akhir awal pagi tadi, Ibrahimovic muncul sebagai hero pasukan dengan menjaringkan dua gol - termasuk yang terpenting - bagi membolehkan MU menewaskan Southampton 3-2 di Stadium Wembley, London.

Menyusuri musim pertama indah bersama skuad The Red Devils, pemain berusia 35 tahun itu tampil melenyapkan keraguan peminat di saat dia membuat keputusan untuk bersama MU.

"Tidak, tidak. Inilah yang saya jangkakan," katanya ketika ditanya kemungkinan ada rasa terkejut dengan penampilan luar biasanya musim ini.

"Masalahnya ialah, orang lain tidak melihat (kemampuan saya). Saya datang ke sini untuk menunjukkan pada mereka apa yang saya lihat (pada diri saya) dan yang saya akan lakukan.

"Seperti banyak yang tak biasa saya lakukan, tapi saya terus melangkah dan lakukan seperti yang saya dapat setiap tahun (julang piala)," katanya seperti dilaporkan Sky Sport.

Melalui dua gol dihasilkan pada aksi menentang Southampton itu, Ibrahimovic sudah menjaringkan 26 gol dalam semua kejohanan bersama MU pada musim ini sekali gus penjaring terbanyak di kalangan pemain di EPL.

"Untuk inilah saya datang ke sini, saya datang untuk menang dan saya berhasil memenanginya. Saya perlu terus melangkah kerana semakin banyak saya menang, semakin tinggi kepuasan diperolehi," tegas bekas penyerang Paris-Saint Germain itu.

Lihat Komen
ADS