Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Gangsa keirin milik Shah di Piala Dunia LA
Diterbitkan:  Feb 27, 2017 8:46 PM
Dikemaskini: 12:56 PM

Pelumba sedang meningkat naik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih pingat gangsa acara keirin elit lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pelumba berusia 22 tahun itu memberi tentangan sengit sebelum wakil Colombia, Fabian Hernando Puerta Zapata dan peserta Kanada, Hugo Barrette melintasi garisan penamat, masing-masing memenangi pingat emas dan perak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman twitter rasminya meluahkan rasa gembira atas kejayaan Muhammad Shah itu.

"Remember this guy. The future of Malaysian track cycling is bright (Ingat dia. Masa depan trek berbasikal Malaysia adalah cerah)," katanya menerusi twitter @Khairykj hari ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS