Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Perlawanan Malaysia, Korea Utara ditangguh
Diterbitkan:  Mar 10, 2017 6:05 PM
Dikemaskini: 10:36 AM

Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini membuat keputusan menangguhkan perlawanan pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara.

Bagaimanapun, AFC tidak memberikan tarikh baru perlawanan tersebut dan ia mengumumkannya dalam masa terdekat.

"Jawatankuasa Pertandingan AFC mengambil keputusan menangguhkan perlawanan selepas ketegangan diplomatik antara kerajaan Korea Utara dan Malaysia.

"Satu tarikh baru untuk perlawanan itu akan diumumkan dalam masa terdekat," kata kenyataan tersebut.

Skuad Harimau Malaysia asalnya dijadual menentang Korea Utara pada aksi sulung Kumpulan B, pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2019 di Stadium Kim Il-sung di Pyongyang, 28 Mac ini.

Namun, berikutan hubungan diplomatik yang tegang sejak kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Februari lepas, kerajaan melarang skuad Harimau Malaysia bermain di negara itu atas faktor keselamatan.

Pada Selasa lalu, kerajaan Malaysia bertindak balas melarang warga Korea Utara di Malaysia daripada meninggalkan negara ini, selepas republik itu menghalang 11 rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan.

Sementara itu, FAM menyambut baik keputusan AFC yang dilihat sebagai langkah paling tepat demi keselamatan pemain dan pegawai pasukan jika perlawanan itu tetap diteruskan pada 28 Mac ini.

Setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin, berkata pendirian itu diambil memandangkan situasi semasa yang menyaksikan ketegangan hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Utara masih belum reda.

Katanya, berhubung tarikh baharu dan venue perlawanan tersebut, FAM menyerahkan sepenuhnya kepada AFC untuk membuat penentuan dan sedia bekerjasama jika diminta berbuat demikian.

"Bagaimanapun, perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' yang diatur skuad kebangsaan bertemu Filipina di Stadium Peringatan Rizal, Manila pada 22 Mac ini tetap akan diteruskan.

"Ia menawarkan mata ranking dan dilihat peluang terbaik buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA yang ketika ini di tangga ke-161 dunia," jelasnya

Lihat Komen
ADS