Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Tahniah TMJ, satu hari kita mahu ke Piala Dunia
Diterbitkan:  Mar 24, 2017 12:10 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Pemuda PAS Malaysia merafak sembah dan mengucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas kemenangan baginda sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah pencabar jawatan tersebut, Tan Sri Annuar Musa menarik diri, semalam.

Dengan misi mengembalikan semula sukan paling diminati di negara ini kepada rakyat, Pemuda PAS mengharapkan cetusan positif daripada kepimpinan Tunku dalam FAM kelak akan membawa bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih baik.

Pemuda PAS sememangnya menyokong usaha Tunku Ismail yang mahukan bola sepak negara diurus secara profesional, berintegriti dan bebas daripada pengaruh politik untuk memastikan bola sepak Malaysia dapat ditingkatkan lagi di persada Asia dan dunia.

Dengan visi yang jelas seperti ini, pelan keseluruhan bola sepak negara di bawah kepimpinan beliau diharapkan akan dapat memberikan impak yang positif.

Pemuda PAS mengharapkan keseluruhan organisasi bola sepak di negara ini, bermula daripada pencarian bakat di peringkat akar umbi, negeri-negeri, sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun kelab-kelab bola sepak sosial dapat memberikan sokongan kepada Tunku.

Dalam (usaha) membawa standard baru dalam pengurusan bola sepak sama ada dari aspek taktikal, kewangan mahupun dari sudut pembangunan keseluruhan sukan ini.

Pemuda PAS juga mengharapkan agar rakyat memberikan masa dan sokongan padu kepada Tunku Ismail untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

Satu hari nanti kita mahu pasukan bola sepak negara dapat beraksi di Piala Dunia.


Khairil Nizam Khirudin adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia merangkap Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan.

Lihat Komen
ADS