Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Hamidin kekal SU Agung FAM
Diterbitkan:  Mar 25, 2017 7:01 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Persoalan siapa bakal diangkat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terjawab apabila presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengekalkan Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Ramai orang tanya soalan ini, yang buat kerja adalah presiden, yang kena memastikan semua orang buat kerja adalah presiden dan untuk masa ini Datuk Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung.

"...dan jika Datuk Hamidin tak buat kerja dan tidak menepati apa yang diharapkan, minta maaflah Datuk (Hamidin)," kata Tunku Mahkota Johor itu sambil memandang ke arah Hamidin pada sidang media Kongres FAM hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian apabila ditanya siapa bakal mengisi jawatan itu selepas beliau disahkan sebagai Presiden FAM yang baru pada kongres berkenaan.

Sementara itu, Hamidin yang ditemui selepas sidang media berkenaan berterima kasih kepada media kerana membangkitkan soalan berkenaan.

"Baguslah, sekurang-kurangnya selepas terjawabnya soalan itu, tiada lagi khabar angin dan spekulasi daripada pihak lain mengenai status saya," katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS