Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Carlton Cole pula ikut jejak Michael Essien
Diterbitkan:  Mar 30, 2017 12:04 PM
Dikemaskini: 4:17 AM

Liga 1 Indonesia semakin meriah, selepas kehadiran bekas bintang Chelsea- Michael Essien, kini kelab Persib Bandung dibintangi seorang lagi bekas pemain The Blues iaitu, Carlton Cole.

Bagaimanapun, awalnya laporan media negara jiran hari ini menyatakan kehadiran bekas penyerang West Ham United itu belum diputuskan sama ada akan bergabung dengan Persib atau sebaliknya.

Namun, pagi ini pengurusan pasukan itu memberi isyarat bahawa Cole sudah sah menjadi milik mereka.

Melalui akaun Twitter rasmi Persib Bandung, gambar Cole bersama pengurusan pasukan dengan memegang jersi bernombor 12 dimuat naik sekali gus melenyapkan spekulasi mengenai kehadiran pemain itu ke Indonesia.

"Wilujeng sumping (selamat datang) Carlton Cole ke Persib dan bola sepak Indonesia," demikian kenyataan mengiringi gambar tersebut.

Cole dilaporkan tiba di markas Persib hari ini selepas selesai menjalani ujian kesihatan.

Terdahulu jurulatih Persib, Djadjang Nurdjaman berkata, Cole berada dalam radar Persib bersama penyerang dari Nigeria Peter Odemwingie selepas berjaya mendapatkan Essien.

Namun, selepas melihat rekod antara kedua-dua pemain itu, Djadjang memilih untuk cuba mendapatkan khidmat Cole.

Katanya, karektor pemain berusia 33 tahun itu sangat sesuai dengan persembahan Persib.

"Saya sebelum ini mengemukakan beberapa nama seperti Odemwingie. Bukan bermaksud secara tiba-tiba saya mahukan Cole, tetapi dia sudah dicalonkan sebelum ini.

Pemain kelahiran England itu berhidmat bersama Chelsea pada 2001 hingga 2006 sebelum menjadi sandaran West Ham sepanjang 2006 hingga 2015.

Lihat Komen
ADS