Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Ghaddar mengamuk di Batu Kawan
Diterbitkan:  Apr 15, 2017 11:59 PM
Dikemaskini: 4:18 PM

Kunjungan pasukan bola sepak Kelantan ke Stadium Negeri Batu Kawan, Seberang Prai Selatan malam tadi, menyaksikan amukan penyerang import mereka Muhammad Ghaddar membelasah Pulau Pinang.

Anak buah Zahasmi Ismail tampil membelas tuan rumah 5-1 dibantu empat jaringan pemain kelahiran Lubnan itu sekali gus menebus kekalahan berdepan JDT, Rabu lalu.

Pemain kelahiran 1 Januari 1984 itu membuka jaringan untuk pasukannya pada minit ke-19 melalui sepakan penalti selepas pemain Pulau Pinang mengasari Rozaimi Azwar.

Enam minit berselang, Ghaddar sekali lagi membolosi gawang Pulau Pinang yang diawasi Sani Anuar Kamsani.

harimau Kumbang bagaimanapun cuba menjarakkan jurang jaringan melalui gol tunggal Shukor Saidin pada minit ke-35 sebelum wisel babak masa pertama ditiupkan pengadil untuk kedudukan 1-2.

Aksi di 45 minit kedua, langkah Pulau Pinang yang kini di bawah dibimbing Zainal Abidin Hassan semakin ketinggalan.

Ghaddar tampil melengkapkan jaringan hatriknya pada minit ke-56 sebelum tampil dengan gol keempat di minit ke-77 untuk kedudukan 4-1.

Walaupun kemenangan sudah pasti menjadi milik mereka, TRW terus garang membuktikan kemampuan mereka untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan sepanjang musim inik.

Pemain muda Kelantan, Danial Ashraf tampil menambahkan kegembiraan penyokong mereka dengan mencipta gol kelima pasukan pada minit ke-89 memanfaatkan hasil umpanan kapten Badri Radzi.

Kemenangan berharga buat Kelantan dan kegembiraan berganda buat Ghaddar dengan sumbangnya hatriknya sekali gus mengekal rekod sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2017 setakat ini.

Pemain berusia 33 tahun itu merekodkan 16 gol selepas sembilan perlawanan meninggalkan pemain terdekat dari Pahang, Matheus Alves.

Lihat Komen
ADS