Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Skuad wanita Malaysia mara ke suku akhir
Diterbitkan:  May 26, 2017 10:09 PM
Dikemaskini: 2:24 PM

Skuad wanita Malaysia mara ke suku akhir selepas mengalahkan skuad Sri Lanka pada hari pertama kejohanan bola keranjang FIBA Asia 3X3 bawah 18 tahun dengan 18-10 dan layak ke perlawanan separuh akhir.

Kejohanan tersebut diadakan di Gem-in-Mall, Cyberjaya sehingga Ahad ini.

Skuad Malaysia yang berada di kumpulan B bersama Kazakhstan dan Sri Lanka, masing-masing mendapat satu kemenangan dan satu kekalahan.

Malaysia layak selepas mendapat 27 mata keseluruhan dan menduduki tempat pertama dalam kumpulan tersebut.

Sri Lanka layak bersama Malaysia dengan 25 mata tetapi malang buat Kazakhstan yang tersingkir dengan hanya 24 mata.

Kazakhstan pada awalnya mengalahkan Malaysia dengan dua mata, 11-9 tetapi kalah kepada Sri Lanka, 13-15.

Walaupun pasukan wanita negara bermula agak terburu-buru pada perlawanan pertama dengan Kazakhstan, mereka akhirnya memberikan saingan yang baik dengan corak permainan yang lebih konsisten dan terurus dengan Sri Lanka.

Pasukan kebangsaan yang diwakili oleh Chow Pui Yee, Foo Suet Ying, Lim Jing Zhe dan Yap Siew Hong akan berentap dengan skuad Jepun pada pukul 2 petang, 28 Mei nanti.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan hari ini:

Kategori Lelaki (Perlawanan kelayakan)
1. Lebanon vs India (18-12)
2. Singapura vs Vietnam (19-20)
3. India vs Turkmenistan (9-20)
4. Singapura vs Chinese Taipei (17-20)
5. Lebanon vs Turkmenistan (18-17)
6. Chinese Taipei vs Vietnam (22-7)

Kategori Lelaki (Perlawanan kumpulan)
1. Kyrgyztan vs Sri Lanka (17-20)
2. China vs Indonesia (21-20)
3. Sri Lanka vs Jepun (16-15)
4. Indonesia vs Chinese Taipei (8-21)
5. Kyrgyzstan vs Jepun (18-21)
6. China vs Chinese Taipei (16-21)

Pasukan lelaki yang layak ke suku akhir: Sri Lanka, Jepun, Chinese Taipei dan China.

Kategori Wanita (Perlawanan kelayakan)

1. Turkmenistan vs Chinese Taipei (6-19)
2. Lebanon vs Jordan (17-21)
3. Turkmenistan vs India (9-21)
4. Vietnam vs Jordan (20-14)
5. Chinese Taipei vs India (17-12)
6. Vietnam vs Lebanon (13-19)

Kategori Wanita (Perlawanan kumpulan)

1. Kazakhstan vs Malaysia (11-9)
2. Indonesia vs Jepun (16-20)
3. Kazakhstan vs Sri Lanka (13-15)
4. Jepun vs Chinese Taipei (9-11)
5. Indonesia vs Chinese Taipei (16-15)
6. Sri Lanka vs Malaysia (10-18)

Pasukan wanita yang layak ke suku akhir: Malaysia, Sri Lanka, Indonesia dan Jepun.

Lihat Komen
ADS