Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

FIBA 3X3 U18 | Inilah kemenangan paling manis buat skuad kebangsaan lelaki apabila akhirnya mengalahkan skuad Filipina dalam perlawanan kumpulan FIBA 3X3 Piala Asia bawah 18 tahun.

Malaysia menumpaskan Filipina 21-17 dan menduduki tempat pertama dalam kumpulan B, selepas mengalahkan Kazakhstan juga pada perlawanan pertama, 13-9. Skuad kebangsaan mara ke pusingan suku akhir esok.

Dalam kejohanan tahun lalu, Malaysia hampir mengalahkan Filipina tetapi terpaksa akur kepada pasukan lawan, 21-19.

Skuad lelaki Malaysia diwakili oleh Low Ken Yen, Thea Zhong Shin, Phan Wee Chen dan Maegan Mahadevan menguasai gelanggang walaupun Filipina terus menyerang jaring bertubi-tubi, berkat semangat yang gigih, Malaysia mampu menempuhi cabaran yang getir.

Jaringan dua mata sebanyak tiga kali oleh Low Ken Yen dan mengakhiri perlawanan setelah mendapat satu mata jaringan penalti oleh Thea Zhong Shin.

Jurulatih skuad kebangsaan lelaki Ramesh Chandra berkata persembahan pemain Malaysia sangat cemerlang dalam kejohanan kali ini.

"Walaupun mereka pada mulanya ketinggalan sebanyak empat mata (15-11), mereka tidak mengalah dan berputus asa. Namun, skuad kita masih perlu memperbaiki kesilapan turnover supaya dapat mengalahkan Lebanon esok untuk ke pusingan separuh akhir.

"Mereka perlu beraksi lebih baik daripada prestasi hari ini. Walaupun pemain Lebanon lebih tinggi daripada kita, skuad Malaysia mempunyai kelebihan dari segi kepantasan dan jaringan yang tepat. Saya percaya bahawa Malaysia berpeluang menangani mereka," kata Ramesh.

Pada perlawanan pertama dengan Kazakhstan, skuad Malaysia sukar menembusi jaringan bagi menangkis pihak lawan. Namun walaupun skuad negara hanya setakat mendapat 3 mata awal berbanding 2 mata oleh Kazakhstan, prestasi pertahanan negara cukup baik.

Perlawanan yang berlangsung dalam tempoh 10 minit itu menyaksikan kehebatan pasukan kebangsaan lelaki yang jauh lebih baik menjaringkan bola dari luar perimeter. Lima minit dalam perlawanan, hasil jaringan itu memberikan peluang untuk Malaysia mendahului Kazakhstan

Minit terakhir pula, skuad negara terus menyerang jaring pihak lawan dan mengakhiri perlawanan itu dengan kemenangan pertama, 13-9. Low Ken Yen mendahului kutipan mata dengan 6 mata, Phan Wee Chen 4 mata dan Thea Zhong Shin 3 mata.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan hari ini:

Kategori Lelaki (Perlawanan kumpulan)

1. Bahrain vs Lebanon (12-21)

2. Kazakhstan vs Malaysia (9-13)

3. Qatar vs Lebanon (21-9)

4. Filipina vs Kazakhstan (18-13)

5. Bahrain vs Qatar (8-21)

6. Filipina vs Malaysia (17-21)

 

Jadual perlawanan suku akhir lelaki:

1.10PM - Sri Lanka vs China

1.30PM - Qatar vs Filipina

2.40PM - Malaysia vs Lebanon

3.00PM - Chinese Taipei vs Jepun

 

Kategori Wanita (Perlawanan kumpulan)

1. Kyrgyzstan vs Singapura (13-15)

2. Bahrain vs Lebanon (3-21)

3. China vs Singapura (14-7)

4. Filipina vs Lebanon (21-12)

5. Kyrgyzstan vs China (8-18)

6. Bahrain vs Filipina (3-21)

Jadual perlawanan suku akhir wanita:

12.30PM - China vs Lebanon

12.50PM - Indonesia vs Sri Lanka

2.00PM - Malaysia vs Jepun

2.20PM - Filipina vs Singapura

Lihat Komen
ADS