Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Mekah terindah buat Pogba
Diterbitkan:  May 29, 2017 2:52 PM
Dikemaskini: 7:01 AM

Selepas membantu kelabnya menjulang Piala Liga Euro, Paul Pogba melakukan sesuatu yang terpuji. Dia berkunjung ke Baitullah.

Di sebalik namanya yang besar dan aksi lincahnya di padang, belum semua orang tahu Pogba, 24, sebenarnya beragama Islam.

Pogba melakukan perjalanan kerohanian itu selepas menghabiskan musim pertama bersama Manchester United untuk membantu kelabnya memenangi piala peringkat Eropah.

Pemain termahal dunia itu juga berperanan membawa The Red Devils untuk duduk di tempat keenam di Liga Perdana Inggeris.

Semalam, pemain termahal dunia itu memuat naik video pendek di Instagram dengan memaparkan dia memakai ihram dan berdiri membelakangi Kaabah.

"Ramadan mulia, salam ramadan #makkah #blessed," tulisnya mengiringi video tersebut.

Selepas itu, bekas pemain berusia 24 tahun itu memuat naik sekeping gambarnya yang sedang berdiri sambil melihat pemandangan di sekitar kiblat umat Islam itu.

"Perkara paling indah yang pernah saya lihat dalam hidup saya," tulisnya.

Bersama anak buah Jose Mourihno, Pogba menjulang kejuaraan prestij itu selepas mereka menewaskan kelab Belanda, Ajax Amsterdam 2-0, pada 25 Mei lalu.

Pada perlawanan itu, Pogba sendiri berhasil menyumbang satu gol untuk pasukannya.

Awal musim ini, pemain tengah dari Juventus itu berhijrah ke Old Trafford dengan mencatat pembelian termahal dalam sejarah, iaitu £89 juta (RM466.3 juta).

Untuk rekod Pogba adalah anak kelahiran Lagny-sur-Marne di Perancis. Dia dibesarkan ibu bapanya yang berasal dari Republik Guinea.

Dia memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak ketika baru berusia enam tahun untuk mewakili kelab Roissy-en-Brie dan menghabiskan masa di situ selama tujuh musim.

Pogba kemudian menyertai kelab US Torcy dan terpilih menjadi ketua pasukan untuk skuad bawah 13 tahun.

Kemahirannya itu terus membawa Pogba diikat kelab Le Havre.

Dia membuat kemunculan pertama di pentas antarabangsa mewakili Perancis ketika perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Georgia. Pada perlawanan itu Pogba beraksi penuh 90 minit.

 

 

Most beautiful thing I've seen in my life 🕋🙏🏾

A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on

 

Lihat Komen
ADS