Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Morais ketua jurulatih baru JDT
Diterbitkan:  Jun 19, 2017 10:38 PM
Dikemaskini: 3:31 PM

Tidak sampai 24 jam selepas menurunkan pangkat Benjamin Mora, JDT mengumumkan ketua jurulatih mereka yang baru.

Menerusi Facebook Johor Southern Tigers, pasukan itu mengumumkan Ulisses Morais akan menggalas tugas sebagai ketua jurulatih, merangkap pengurus baru pasukan.

Jurulatih berasal dari Portugal itu mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal seperti Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar, Academica De Coimbra dan banyak lagi.

"Kami berharap dengan pengalaman yang dimilikinya beliau dapat melakukan yang terbaik untuk JDT. Selamat maju jaya buat Ulisses Morais," ujar kenyataan tersebut.

Ini bermaksud, selain bertindak sebagai ketua jurulatih, Morais juga akan mengurus perbelanjaan berdasarkan peruntukan yang diberi kepada pasukan.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai calon yang bakal mengisi kerusi ketua jurulatih bagi menggantikan Benjamin Mora.

Sebelum ini ramai peminat bola sepak menjangkakan pemergian Mora ke JDT II akan membuka laluan kepada calon seperti Tan Cheng Hoe untuk mengisi tugas ditinggalkannya di JDT.

Pengumuman itu juga dibuat beberapa jam selepas Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim, Alistair Edward berkata, Ismail Ibrahim dan Raul Loghi akan memikul tugas sementara jurulatih bagi menggantikan Mora.

Lihat Komen
ADS