Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Ibadah Dr M lebih sempurna berbanding Zahid' - Khairuddin
Diterbitkan:  Apr 28, 2024 1:39 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Penyokong tegar kepada Dr Mahathir Mohamad tampil membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang meminta bekas perdana menteri itu menumpukan kepada ibadah.

Khairuddin Abu Hassan berkata Ahmad Zahid tidak faham asas agama bahawa ibadah bukan sesuatu yang harus dipertontonkan.

"Zahid Hamidi tidak faham asas agama kerana dalam Islam setiap ibadah yang kita amalkan tidak boleh dipukul canang pada orang ramai...

"Ibadah bukan sesuatu amalan yang boleh kita tunjuk serta megah-megahkan pada orang ramai.

"Sesungguhnya, saya berani nyatakan ibadah Tun Dr Mahathir lebih sempurna dari Zahid Hamidi sebab itu bila diberi jawatan beliau laksanakan secara terbaik serta teramanah mungkin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam yang juga permulaan kempen PRK Kuala Kubu Baharu, Ahmad Zahid memberikan 'nasihat' kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

“…elok tumpukan perhatian kepada amal ibadat saja," kata presiden Umno ketika diminta mengulas ramalan Mahathir bahawa DAP akan mengekalkan kerusi itu kerana perpecahan undi Melayu.

Mahathir mengasaskan dan meninggalkan dua parti berasaskan Melayu sejak keluar dari Umno.

Bekas pengerusi Bersatu dan Pejuang itu dipetik FMT berkata DAP berkemungkinan mengekalkan kerusi DUN itu kerana perpecahan di kalangan pengundi Melayu manakala pengundi Cina tetap bersatu.

Mahathir berkata pada masa lalu, orang Melayu bersatu di bawah Umno yang membolehkan parti itu dan BN memperoleh majoriti dua pertiga di parlimen.

PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH Pang Sock Tao dari DAP, calon PN Khairul Azhari Saut dari Bersatu, calon Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainuddin dan calon bebas Nyau Ke Xin.

Lihat Komen
ADS