Selangor, 22 Mei 2026 – KPJ Selangor Specialist Hospital (“KPJ Selangor”), salah sebuah hospital pakar dalam rangkaian KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare”) telah berjaya melaksanakan prosedur Pembedahan Invasif Minimum (“MIS”) Skru Simen HOBBIT yang pertama di Malaysia dan rantau Asia Pasifik sekaligus mencatatkan satu pencapaian penting dalam rawatan tulang belakang yang kompleks di bawah KPJ Health System (“KPJHS”).
Prosedur tersebut melibatkan penggunaan skru simen HOBBIT MIS, iaitu teknologi penetapan tulang belakang terkini bagi menyokong ketepatan dan kestabilan pembedahan yang lebih baik dalam prosedur tulang belakang kompleks. Sebagai pendekatan invasif minimum, prosedur ini direka untuk mengurangkan kerosakan tisu serta menyokong pemulihan pasca pembedahan yang lebih cepat berbanding pembedahan tulang belakang konvensional secara terbuka yang lazimnya melibatkan luka hirisan pembedahan yang lebih besar dan tempoh pemulihan yang lebih panjang.
Prosedur tersebut diketuai oleh Pakar Bedah Ortopedik (Tulang Belakang) KPJ Selangor Dr Shaharuddin Abdul Rhani dan Dr Jamal Azmi Mohamad bersama pasukan pembedahan multidisiplin hospital itu.

Mengulas mengenai pecapaian tersebut, Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Pencapaian ini mencerminkan kekuatan kepakaran khusus yang semakin berkembang di bawah KPJ Health System serta usaha berterusan kami dalam memperkukuh keupayaan rawatan kompleks di hospital-hospital KPJ. Kejayaan menjadi hospital yang pertama di Malaysia dan rantau Asia Pasifik melaksanakan prosedur ini mengukuhkan komitmen kami dalam memperkasakan keupayaan pembedahan invasif minimum yang menyokong rawatan pembedahan yang lebih tepat, pemulihan yang lebih baik dan pengalaman pesakit yang lebih meningkat. Berpandukan Care for Life kami, kami kekal komited dalam menerapkan inovasi untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan serta hasil rawatan pesakit.”
Dr Jamal Azmi Mohamad, Pengarah Perubatan di KPJ Selangor berkata, “Pencapaian ini mencerminkan kepakaran serta koordinasi kukuh pasukan multidisiplin kami dalam melaksanakan prosedur tulang belakang kompleks secara selamat dan berkesan. Kami kekal komited untuk kukus memperkukuh rawatan tulang belakang melalui amalan berasaskan bukti, pembelajaran berterusan dan pendekatan penjagaan yang mengutamakan keselamatan pesakit, pemulihan dan hasil jangka panjang.”

Dr Shaharuddin Abdul Rhani, Pakar Bedah Ortopedik (Tulang Belakang) berkata, “Pembedahan tulang belakang invasif minimum terus berkembang pesat dan teknologi seperti Skru Simen HOBBIT MIS membolehkan kami melaksanakan prosedur kompleks dengan ketepatan yang lebih tinggi, di samping mengurangkan impak pembedahan terhapat pesakit. Pendekatan ini dapat menyokong pemulihan yang lebih cepat, mengurangkan ketidakselesaan selepas pembedahan serta mempercepat proses pemulihan yang merupakan aspek penting dalam rawatan tulang belakang moden.”

Di bawah KPJ Health System, pencapaian ini mencerminkan usaha berterusan KPJ Healthcare dalam memperkukuh rawatan tulang belakang kompleks dan invasif minimum menerusi ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih berhubung dengan menggabungkan kepakaran multidisiplin, standard klinikal bersama serta integrasi Amalan, Pendidikan, Penyelidikan dan Inovasi merentas rangkaian hospital Kumpulan.
Untuk maklumat lanjut, layari https://kpjhealth.com.my/selangor/ atau hubungi +603-5543 1111.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi [email protected] atau [email protected]
