Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Negara yang bertamadun dan berdaulat terlebih dahulu harus bebas daripada penjajahan politik.

Mutakhir ini timbul polemik sama ada Malaysia pernah dijajah oleh Inggeris, atau hanya dinaungi oleh Inggeris.

Kali ini mari kita kembali kepada pandangan pakar sejarah. Mereka ialah Barbara Watson Andaya dan Leonard Y Andaya yang telah menghasilkan buku Sejarah Malaysia (Petaling Jaya: Macmillan, 1982, 391 halaman).

amin iskandar article 291008 merdeka Barbara Watson Andaya pernah bertugas sebagai tutor kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Auckland. Beliau merupakan pengarang buku berjudul Perak, the Abode of Grace: A Study of an Eighteen Century Malay State (1979), dan telah bersama-sama menterjemahkan satu edisi anotasi teks Melayu abad ke-19, Tuhfat al-Nafis (1982).

Leonard Y Andaya pula pernah bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Auckland. Buku-buku beliau termasuklah The Kingdom of Johor 1641 - 1728 (1975), dan Heritage of Arung Palaka: A History of South Sulawesi (Celebes) in the Seventeen Century (1981).

Kedua-dua mereka pernah mengajar di Universiti Malaya dan telah mengadakan Research Fellowship di Australian National University (ANU).

Berikut ialah petikan daripada buku mereka Sejarah Malaysia . Diturunkan sub bab dalam buku tersebut, bersama-sama petikannya yang relevan dengan judul tulisan ini.

Hidupnya sebuah masyarakat kolonial 1919-57

"Menjelang tahun 1919, seluruh Semenanjung Tanah Melayu tertakluk kepada satu corak penguasaan Inggeris. Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) telah berada paling lama di bawah pengaruh Inggeris, dan akibatnya berbagai-bagai institusi adalah lebih erat diselaraskan daripada institusi yang sama di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB)...

british parliament new speaker 230609 01 "Sebaik saja Inggeris berjaya menjadi kuasa yang agung di Semenanjung Tanah Melayu, mereka meneruskan dasar ‘berbaik-baik' dengan Raja-raja Melayu dan ‘campur tangan yang minimum' dengan kaum petani Melayu... Namun mereka tidak dapat mengenepikan pertimbangan utama yang telah membawa mereka ke Semenanjung: mengekalkan keamanan dan ketenteraman supaya pihak pedagang Inggeris dapat mengambil kesempatan dari kekayaan daerah itu.

"Ke arah inilah pihak Inggeris mendirikan jentera politik dan pentadbiran untuk menggemblengkan sumber-sumber negeri di Semenanjung... Semasa zaman kolonial, kebanyakan tulisan penting mengenai sejarah awal dan kebudayaan orang Melayu telah diterbitkan oleh sekumpulan sarjana-pentadbir terutama dalam Journal Malayan Branch of the Royal Asiatic Society ." (halaman 238-240).

Mengadakan rangka bagi ekonomi eksport

"Kekuasaan pemerintah kolonial baru yang hampir-hampir tidak boleh dicabar itu segera mendorong perubahan-perubahan yang dikatakan mustahak bagi memudahkan pembangunan serta membawa keuntungan yang berterusan dari ekonomi eksport.

NONE "Mereka mencari serta mengadakan ‘rangka politik dan pentadbiran yang cocok sekali' yang dengan demikian pengusahaan swasta boleh berkembang maju.

"Tanpa cabaran dari kelompok kepentingan tempatan yang kuat, pihak Inggeris dengan bebas dapat melakukan penyusunan semula masyarakat tempatan dengan mengaturkan semula kegunaan sumber-sumber untuk maklumat kemajuan ekonomi yang lebih besar.

"Sehingga tahun 1919, Semenanjung Tanah Melayu telah melihat perubahan-perubahan yang begitu pesat dalam bidang sosio ekonominya. Kini wajarlah istilah ‘British Malaya' mula digunakan, sebab sesungguhnya Malaya telah menjadi ‘British' dalam ertikata matlamat sosial dan ekonominya." (halaman 240).

Kemerdekaan

"Pada bulan April 1949, Parlimen Inggeris telah membuat pengikatan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan disahkan dalam bulan Mac berikutnya oleh Perdana Menteri Inggeris.

NONE "Apabila Leftenan-Jeneral Sir Gerald Templer sampai di Tanah Melayu pada awal Februari 1952 sebagai Pesuruhjaya Tinggi yang baru, beliau mengumumkan bahawa objektifnya yang segera ialah ialah membentuk satu bangsa Malaya yang bersatu padu.

"Ke arah matlamat ini, juga bagi melemahkan dan seterusnya menghancurkan PKM, Templer telah memperkenalkan pilihanraya setempat, majlis mesyuarat kampung, dan kewarganegaraan kepada lebih separuh daripada orang-orang Cina; menggabungkan Majlis Perang dengan Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan; dan membolehkan orang-orang Cina, buat pertama kalinya, memasuki Perkhidmatan Awam Tanah Melayu.

NONE "Dalam bulan April 1954, Templer mengumumkan bahawa pilihan raya yang awal akan diadakan untuk Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955, dengan itu membayangkan bahawa Tanah Melayu sudah berada di ambang pintu kemerdekaan." (halaman 304) ...

"Sungguhpun kemenangan muktamad menentang komunis masih belum dicapai pada tahun 1957 apabila kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diumumkan, ancaman komunis itu telah hampir-hampir hapus.

"Namun, ancaman perkauman masih kekal, warisan pemerintah kolonial, yang akan menentukan kehidupan terus atau pun kehancuran muktamad negara yang baru itu." (halaman 308).


Datuk Dr Anwar Ridhwan merupakan sasterawan negara ke-10. Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Antara karyanya yang terkenal Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Naratif Ogonshoto.

Tulisan ini bahagian ketiga daripada siri artikel pendek bertemakan "Masyarakat Bertamadun" yang akan diterbitkan setiap dua minggu.

Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

ADS