Most Read
Most Commented
Read more like this

Di Athens, pasaran bebas bagi buku mula muncul sekitar tahun 530 SM; pasaran ini menjual buku bertulisan tangan dalam bentuk gulungan kertas papirus. Antara buku awal yang dijual ialah dua karya epik Homer, Iliad dan Odyssey .

Menurut tokoh falsafah Cicero [zaman Caesarpent], kira-kira 500 tahun kemudian, Pisistratus, pemerintah diktator Athens, merupakan tokoh yang terbabit menyalin sajak-sajak Homer. Pisistratus adalah seorang pemimpin besar reformasi. Antara sumbangan besarnya ialah menubuhkan persembahan drama: yakni ia menginstitusikan kegiatan yang kita kenali sebagai 'teater'.

Mungkin juga, dialah penerbit karya Homer yang pertama: dia mengimport dengan kapal kertas tulisan (papirus dari Mesir) dan membeli beberapa hamba terpelajar bagi menulis karya Homer. Pisistratus seorang yang kaya. Ketika menyambut perayaan tertentu, dia akan mengadakan persembahan drama dan banyak lagi kegiatan kebudayaan.

Kemudian beberapa lagi usahawan Athens turut memainkan peranan sebagai penerbit buku. Mereka tergerak untuk berbuat demikian selepas wujud sambutan hangat daripada rakyat Athens terhadap karya Homer. Setiap orang ingin belajar, setiap orang membaca karya Homer.

Dalam tempoh yang begitu singkat, karya ini dianggap semacam 'Bible' [kalau dibandingkan hari ini penterjemah] dan menjadi bahan bacaan utama rakyat Athens. Kemudian, buku-buku lain juga diterbitkan.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS