Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Polis sahkan siasat program realiti TV himpunkan 50 juri

Polis hari ini mengesahkan mereka akan membuka kertas siasatan ke atas program realiti All Together Now Malaysia selepas timbul dakwaan ia berlangsung dengan melanggar operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Kenyataan itu dibuat pihak berkuasa sehari selepas mereka dilaporkan berkata, tiada siasatan akan dijalankan kerana program itu - yang menampilkan ramai selebriti - dirakamkan sebelum PKP 3.0 dikuatkuasakan.

“Siasatan akan dibuka,” kata Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Fadzil Ali kepada Malaysiakini hari ini.

Untuk rekod, program All Together Now Malaysia itu mengundang perhatian ramai selepas 50 juri yang terdiri daripada selebriti dirakamkan dalam satu lokasi tanpa memakai pelitup muka.

Terdahulu, laporan media memetik Fadzil sebagai berkata, program tersebut mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Malaysiakini kemudian bertanya sama ada pihak berkuasa akan memanggil kesemua juri bagi membantu siasatan.

Antara juri selebriti yang ditampilkan dalam program tersebut adalah Dafi, anak kepada Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, yang juga anggota MKN.

Selepas isu itu timbul Ismail Sabri berkata, tiada sesiapa - termasuk anaknya - boleh terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar SOP.

Lihat Komen
ADS