Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Artis 80-an ditahan lakukan amang seksual terhadap budak 14 tahun
Diterbitkan:  Jul 26, 2021 12:22 PM
Dikemaskini: 4:22 AM

Artis lelaki tahun 1980-an ditahan polis selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan.

Suspek yang juga bapa kepada penyanyi wanita terkenal itu didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral terbabit sejak Ogos tahun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3 petang pada 21 Julai lalu.

“Kejadian pertama berlaku terhadap mangsa berusia 14 tahun itu pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium di Puchong Prima.

“Dalam kejadian itu, ia membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atok berusia 65 tahun,” katanya dipetik Harian Metro.

Bukan setakat itu, Abd Khalid berkata, suspek turut melakukan dua lagi perbuatan amang seksual terhadap mangsa yang masih bersekolah di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah, di Puchong pada Oktober dan November tahun lalu.

Katanya, susulan laporan tersebut, pihaknya menahan suspek terbabit di perkarangan Balai Polis USJ 8, di sini, jam 11.00 malam pada 21 Julai lalu.

“Bagaimanapun, suspek dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan dia menghidap penyakit jantung.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Lihat Komen
ADS